STICKER PRENEUR adalah program yang dianjurkan oleh usahawan.Com Sdn Bhd melalui Usahawan Printing dan Akademi UDC. Program ini adalah adalah satu platform yang mampan untuk membantu usahawan percetakan sticker untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih cemerlang.
Program ini dilancarkan pada 1hb Oktober 2021 dengan menggunakan platform E-Seminar dan keterlibatan semua cawangan Usahawan.Com Sdn Bhd di seluruh Malaysia (HQ Senawang, Shah Alam dan Johor Bahru).
Usahawan.Com melalui Usahawan Printing telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan usahawan percetakan yakin bahawa kami mampu untuk membantu lebih usahawan dan bakal usahawan yang terdiri dari pelajar, belia dan pelbagai peringkat umur untuk turut menyertai kami sebagai sebuah keluarga STICKERPRENEUR yang besar.
MISI
Mencipta Usahawan Sticker Berjaya dengan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang bisnes sticker supaya terus berkembang maju.
VISI
Untuk memberikan kelengkapan yang secukupnya melalui sistem latihan dan sokongan yang menyeluruh sehingga anda berjaya.
Perniagaan sticker di Malaysia sentiasa berkembang pesat dan berevolusi melangkaui zaman dengan penghasilan produk yang sentiasa memenuhi permintaan masyarakat. Permintaan yang sentiasa meningkat. Sebagai contoh; dengan penambahan lebih ramai peniaga/usahawan diluar sana yang mengeluarkan pelbagai produk dan cabang perniagaan mereka memerlukan label sticker untuk memperkenalkan produk dan jenama mereka. Sebegitu juga industri sticker berkembang dengan permintaan sticker belon yang menjadi trend sekarang ini.
Program STICKERPRENEUR ingin mencari anda; yang baru ingin menceburi bidang perniagaan cetakan sticker atau ingin mengembangkan lagi perniagaan anda untuk bersama dengan kami. Kami akan bimbing anda sampai BERJAYA!
Industri sticker yang kian berkembang pada masa ini menjadikan perniagaan sticker ini kekal relevan sampai bila-bila. Kita boleh lihat trend terkini dimana servis penghantaran ‘balloon suprise’ dah menjadi trending. Inilah masanya untuk anda mengambil peluang untuk memulakan perniagaan pembuat sticker ‘balloon surprise’. Sudah tentu mendapat permintaan yang tinggi.
Dalam program STICKERPRENEUR ini akan diajar bagaimana nak hasilkan sticker dengan mudah. Bukan itu sahaja kami akan bimbing anda dari segi pemasaran, kelas grafik dan teknikal troubleshoot peralatan. Di Stickerprenenur juga menyediakan group support khas untuk anda jadikan rujukan.
Jangan lupa follow dan like page facebook stickerprenenur untuk dapatkan info-info khas stickerpreneur.Like our page : https://www.facebook.com/stickerpreneur/
Subscribe juga our telegram channel untuk mendapatkan info berkaitan bagaimana nak mula jadi usahawan sticker . Subscribe now our telegram channel :Â https://t.me/stickerpreneur
JOM SERTAI KAMI SEKARANG!
Hakcipta © 2021 usahawan.com. Hakcipta terpelihara.
“Peluang Perniagaan Anda”