Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Pera

Kongsikan Jawatan ini kepada rakan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

"Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik COVID-19 ini.

"Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial," katanya.

Tegas anak ketiga daripada lapan beradik daripada Pasir Mas, Kelantan ini, dia seboleh bolehnya mahu menyembunyikan 'kemewahan' yang dimiliki.

"Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.

"Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang.

"Kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil. Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan. Saya juga tak pernah main main selama ini saat menceburi dunia perniagaan," katanya.

Mengimbas kembali awal kembara niaganya bermula dengan bermodalkan RM500 saja.

"Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli seah RM160,000 berjaya dikumpul.

"Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis.

"Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM10 juta. Saya nak sasar RM20 juta atau lebih pula selepas ini," katanya yang boleh dihubungi di Instagram