Top 5 Bank Pilihan Ramai Bagi Memulakan Bisnes Kecilan

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Selain membuat pinjaman dari badan pertubuhan yang telah ditetapkan oleh badan kerajaan, pengusaha atau peniaga kecilan ini juga boleh membuat pinjaman pembiayaan dengan bank. Bank merupakan merupakan syarikat yang berkuatkuasa dalam hal ehwal kewangan sama ada kadar masuk atau keluar duit tersebut adalah menjadi tanggungjawab bank tersebut untuk memegang amanah yang rapi berkenaan dengan akaun anda. Sungguhpun begitu, pastikan anda membuat pinjaman dengan bank yang sudah diiktiraf akan pertubuhannya, bukan bank yang tidak dikenali asal-usulnya. Tambahan pula, di waktu yang sangat mencabar ini di mana ramai orang terdesak untuk mendapatkan duit namun jangan sampai anda terperangkap dalam jerat ‘scammer’ yang semakin mengganas
di luar sana.

 

1. Bank Rakyat

Bank Rakyat telah ditubuhkan pada 28 September 1954 dan diperakui di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948. Kini, Bank Rakyat telah menjadi bank koperasi Islam yang terbesar di Malaysia. Pada akhir Disember 2019, Bank Rakyat memiliki aset berjumlah RM109.62 bilion. Bank Rakyat terus memperoleh keuntungan yang luar biasa setiap tahun.

Terdapat 3 Skim Kerajaan di bawah Bank Rakyat ini iaitu:

a) Skim Pembiayaan Ekonomi Desa-i (SPED)
b) Pembiayaan Mikro-i ME2
c) Skim Credit Guarantee Corporation (CGC)

Skim Pembiayaan Mikro-i ME2 bertujuan untuk membiayai pengusaha kecilan ataupun enterpris dalam dua cara iaitu modal pusingan dan juga perbelanjaan kapital. Modal pusingan bermaksud bank mempunyai kuasa untuk membiayai sebarang pembelian mahu pun apa jua pembayaran servis atau stok yang berkaitan dengan perniagaan tersebut secara langsung dengan produk atau servis yang ditawarkan oleh pengusaha tersebut. Manakala, perbelanjaan kapital pula membawa maksud membiayai pembelian aset tetap tersebut.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon

– Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
– Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dijalankan dan mestilah tidak melebihi 65 tahun sebaik sahaja tamat pembiayaan tersebut.
– terbuka kepada mana-mana pengusaha kecil yang menjalankan perniagaan secara mikro sama ada secara langsung mahupun sepenuh masa.
– Pemohon hendaklah mempunyai lesen /permit atau telah berdaftar untuk menjalankan perniagaan yang sah oleh pihak berkuasa.
– Hanya pemilik tunggal, persendirian, Syarikat Sdn Bhd dan Perkongsian sahaja merupakan jenis pemilikan perniagaan yang dibenarkan untuk membuat permohonan.
– Telah menjalankan perniagaan selama lebih dari 6 bulan dan menetap di dalam kawasan perniagaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Pembiayaan Mikro, boleh layari laman sesawang https://www.bankrakyat.com.my/c/perniagaan/skim_kerajaan/pembiayaan_mikro_i_me2-7 dan hubungi tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454 bagi sebarang pertanyaan.

 

2. Hong Leong Bank (HLB)

Dikenali sebagai Kwong Lee Mortgage and Remittance Company pada 1905 di Kuching, Sarawak. Pada tahun 1934, nama ditukar sebagai Kwong Lee Bank Berhad dan disenaraikan sebagai institusi kewangan yang tertua di Malaysia dan kini telah berkembang daripada 11 cawangan kepada 35 cawangan di seluruh negara.

Sebenarnya, banyak manfaat yang dapat diperoleh jika membuat pinjaman dengan HLB ini. Hal ini kerana;

a) Pinjaman adalah bertempoh dan hanya digunakan untuk modal kerja
b) Tidak perlu cagaran
c) Jumlah pinjaman adalah sebanyak RM50,000 sehingga RM400,000 sahaja
d) Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun sahaja
e) Pembiayaan adalah dijamin sepenuhnya oleh skim yang dibiayai oleh kerajaan

Syarat kelayakan pemohon termasuklah;

-Jenis pemilikan mestilah empunya Tunggal, perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang telah dikategorikan sebagai Perusahaan Kecil & Sederhana di bawah Majlis Usahawan dan PKS Kebangsaan (NESDC)
– Pemohonan adalah warganegara Malaysia dengan sekuurang-kurangnya 51% pegangan saham
– Jualan tahunan mestilah RM 500,000 dan ke atas
– Tempoh perniagaan mestilah lebih dari 3 tahun
– Cukup syarat kriteria kelayakan Credit Guarantee Corporation (CGC)

Sila layari https://www.hlb.com.my/ms/business-banking/group-sme-banking/loan/business-cash-loan.html untuk informasi lanjut berkenaan pinjaman HLB.

 

3. RHB Bank

Pinjaman RHB SME memberikan kelulusan pantas kepada pengusaha dengan kadar faedah 5.29% dan pinjaman maksimum sebanyak RM 5,000,000.

a) Tempoh kelulusan permohonan: 5 hari bekerja
b) Pinjaman Minimum: RM 50,000
c) Pinjaman Maksimum: RM5,000,000
d) Tempoh Minimum pinjaman: 1 tahun

Syarat kelayakan pemohon;
– Pemohon mestilah berumur 18-60 tahun
– Tiada spesifik gaji minimum bulanan
– Mendapat kenyataan dari bank selama 6 bulan yang terbaru

Menariknya, tiada yuran dan caj dikenakan sepanjang proses permohonan tersebut.

Tidak pasti bagaimana ingin membuat permohonan?
Sila layari https://www.imoney.my/ms/pinjaman-peribadi/rhb/pinjaman-perniagaan-rhb-sme untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pinjaman peribadi.

 

4. CIMB Bank

CIMB Bank merupakan bank universal dan penasihat korporat yang terkenal di seluruh negara yang juga institusi perbankan Islam yang dikenali ramai. CIMB tersenarai dalam 5 bank yang mempunyai aset terbesar di ASEAN yang mempunyai 34,000 pekerja serta 16 juta pelanggan.

Bizloan merupakan pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB dengan pembayaran balik sehingga tamat tempoh pembiayaan dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk
membuat permohonan.

Laman web: https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/financing/property-financing/bizloan.html

 

5. Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN MyRinggit (sektor awam) merupakan salah satu pinjaman BSN bagi kemudahan semua.

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon termasuklah;

– Warganegara Malaysia berumur 21-60 tahun
– Berkhidmat di bawah sektor kerajaan/ agensi kerajaan dengan kemudahan potongan gaji BPA
– Mempunyai pendapatan minimum sebanyak RM1,500 sebulan
– Kakitangan tetap yang telah bekerja selama lebih dari 3 bulan
– Kakitangan kontrak yang telah berkhidmat selama 12 bulan ke atas
– Mestilah pemegang akaun BSN GIRO/i

Layari https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-public-sector?lang=ms-MY untuk info lanjut berkenaa MyRinggit BSN ini.

Pakej PrintPreneur
Pakej PrintPreneur