TEKUN- Salah Satu Dana Kerajaan Terbaik Sebagai Pinjaman Perniagaan

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

TEKUN Nasional atau dahulunya pernah dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional ini adalah sebuah agensi yang berkuatkuasa di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi. TEKUN Nasional ini telah diwujudkan sejak 9 November 1998 lagi. Namun, kini agensi TEKUN ini tidak lagi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,tetapi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Matlamat utama TEKUN Nasional tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para usahawan di luar sana dengan membantu menyediakan pembiayaan secara mudah dan cepat khas buat bumiputera yang baru sahaja ingin bermula (start-up) dan mengembangkan lagi perniagaan mereka itu. Selain dari memberikan bantuan pembiayaan, TEKUN Nasional juga telah menjadi sebuah institusi di mana peluang untuk menjana pendapatan akan lebih terbuka luas kepada sesiapa sahaja serta menawarkan khidmat bimbingan sokongan dan juga Jaringan Usahawan.

Antara skim yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional termasuklah:

1) Skim Pembiayaan Tekun Niaga

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan: RM10,000 sehingga RM100,000.
Pemohon yang layak: Usahawan Bumiputera
Umur: 18-60 tahun.

2) Skim Pembiayaan Teman Tekun

Pembiayaan perniagaan yang ditawarkan: RM1,000 sehingga RM20,000
Pemohon yang layak: Bumiputera dan masyarakat India
Cara pembayaran: Dilakukan setiap minggu selama 2-5 tahun

3) Skim Pembiayaan Program Temannita

Jumlah pembiayaan: RM1,000 sehingga RM20,000
Pemohon yang layak: Skim yang dikhaskan untuk perniagaan Bumiputera wanita sahaja.

4) Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (Spumi)

Pembiayaan: Sehingga RM100,000
Pemohon yang layak: Masyarakat India
Umur: 18-60 tahun

Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my/ms/

Untuk membuat permohonan atas talian. Sila layari laman sesawang https://www.tekunfin.tekun.gov.my dan membuat permohonan
segera bagi memudahkan proses perniagaan anda.