Skim Pembiayaan Kecilan Francais (SPKF)

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memperkenalkan skim ini bagi membantu usahawan yang berpendapatan sederhana dalam menceburi perniagaan dan memperoleh sumber pendapatan sampingan.

 

Berikut syarat-syarat am skim ini:

• Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa permohonan.
• Terbuka kepada francais tempatan dan berdaftar di bawah Akta Francais 1998.
• Hanya pemohon dari syarikat Sdn Bhd/perkongsian/enterprise sahaja.
• Pemohon merupakan pemilik perusahaan.
• Memiliki surat tawaran dari Francaisor tempatan.
• Telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
• Tidak tersenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan
• Tidak bankrupt.
• Tidak berhadapan dengan prosiding mahkamah.
• Perniagaan yang patuh dan berlandaskan Syariah.
• Terbuka kepada pakej francais yang tidak melebihi RM50,000
• Pembiayaan yang melebihi RM10,000 mestilah mengambil perlindungan takaful seperti yang telah ditetapkan.

 

Had pembiayaan
Min: RM5,000
Maks: RM50,000

 

Yuran perkhidmatan
3% setahun

 

Tempoh bayaran
5 tahun maksimum atau mengikut tempoh masa perjanjian francais.