Selain otak, jantung merupakan organ terpenting di dalam tubuh manusia, jantung merupakan organ rongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang, dalam tubuh manusia juga terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh paru-paru secara purata jantung manusia dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 gram, ia terdiri dari empat ruang, iaitu dua ruang atrium di atas dan dua ruang ventikal di bawah.
5 perkara untuk menjaga jantung korang.
1. Kekalkan berat badan yang sihat.
2. Kekalkan tahap kolestrol, tekanan darah dan gula darah dalam keadaan normal.
3. Amalkan diet yang baik untuk jantung.
4. Kekal aktif fizikal.
5. Pengurusan stres.
1. KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT
Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Korang disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT korang melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah korang.
2. KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL
Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amal diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.
3. AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung korang. Di samping itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.
4. KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL
Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang korang suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plusâ„¢ setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang korang. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung korang.
5. PENGURUSAN STRES
Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Korang digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.
5 perkara untuk menjaga jantung korang, mengapa? Kerana jika kita mengambil mudah, ia akan membawa ke perkara yang tidak kita ingini, ikutilah 5 perkara tersebut untuk kesihatan jantung kita bersama.
Selain daripada 5 perkara tersebut, korang perlu juga melakukan aktiviti senaman, sekurangnya dua minggu dua kali, sekurangnya selama 30 minit seminggu, itu adalah kiraan yang paling diharap korang boleh menjaga kesihatan jantung korang, semoga ini bermanfaat juga untuk korang menjaga kesihatan korang, kurangkan makanan yang tidak sesuai untuk jantung.
Ada beberapa makanan yang tidak sesuai untuk jantung sekiranya ia berlebihan, apakah ia?
Antaranya seperti :
1. 3 serangkai iaitu gula,garam dan lemak.
2. Daging merah.
3. Minuman bergas.
1. 3 serangkai ialah gula garam dan lemak, ia tidak boleh berlebihan dan tidak boleh berkurangan jadi, korang perlu amalkan pengambilan yang sederhana.
2. Daging merah.
Daging merah ini bukanlah daging yang tidak boleh makan, tetapi daging yang mentah diambil secara berlebihan, begitu juga yang sudah masak, tapi sekiranya berlebihan akan memberi efek yang tidak baik.
3. Minuman bergas.
Ia sebenarnya didalam kategori manis, air yang bergula tinggi, namun minuman bergas lebih berisiko sekiranya meminumnya dengan berlebihan, boleh je minum tetapi tidak berlebihan.
Sebenarnya banyak lagi makanan yang tidak boleh makan secara berlebihan, namun jangan korang lansung tidak makan pula kerana ia juga penting untuk badan kita berfungsi.
Sekiranya korang mempunyai masalah? Ia lebih baik kalau korang pergi berjumpa dengan doktor yang terdekat supaya mengambil langkah keselamatan sekiranya ada apa yang tidak kena dengan kesihatan korang.
Tentang antara yang terpenting untuk tubuh badan kita, jagalah jantung dan kesihatan diri sendiri
Hakcipta © 2021 usahawan.com. Hakcipta terpelihara.
“Peluang Perniagaan Anda”