PERNIAGAAN AYAM GORENG SEBAGAI PINTU MASUK KE ARAH BIDANG KEUSAHAWANAN?

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Apa Maksud Ayam Goreng?
Untuk pengetahuan anda, ayam goreng merupakan hasil gorengan daging ayam mentah dan daging ayam mentah ini boleh disadur dan diperap dengan ramuan tertentu mengikut citarasa anda sendiri.Tentunya ayam goreng ini lebih enak dimakan ketika masih panas atau sejurus selepas menggorengnya. Ayam goreng lebih enak dimasak dengan menggunakan penggoreng tekanan. Ini kerana, isi ayam boleh dimasak secara sekata dalam tempoh penyediaan yang sekejap. Wap yang terhasil dengan menggunakan penggoreng tekanan membuatkan isi daging ayam lembut di dalam saduran dan ramuan yang digunakan. Terdapat banyak restoran makanan segera menggunakan penggoreng tekanan untuk menyediakan hidangan ayam goreng yang enak. Sebagai contoh, McDonald, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan banyak lagi.

Sejarah Ayam Goreng
Menurut laman sesawang The Atlantic, ada menyatakan berkenaan kesukaran untuk mengenalpasti asal usul ayam goreng rangup yang bersalut tepung yang semakin popular pada hari ini sama ada berasal dari Afrika, Amerika Syarikat atau Eropah. Walaubagaimanapun, penyediaan ayam goreng dengan menggunakan minyak dipercayai adalah berasal dari Afrika Barat. Manakala, ayam yang digoreng mengikut gaya gorengan ayam KFC yang terkenal pada hari ini dipercayai berasal dari Amerika Syarikat.

Jenis-Jenis Hidangan Ayam di Seluruh Dunia Mengikut Negara
Antara negara yang menghasilkan hidangan ayam mengikut resepi dan rempah tertentu ialah:

a. Taiwan – ayam goreng Taiwan di mana filet ayam yang disediakan sama seperti ayam garam dan lada, tetapi disediakan dalam potongan besar dan dimakan dalam beg kertas.
b. Korea –ayam goreng dengan menggunakan sos ganjang Korea dengan bawang putih.
c. Jepun – ayam karaage yang diperap dan kemudian akan digoreng.
d. China – ayam goreng rangup di mana berasal daripada masakan Kantonis.

Berniaga Ayam Goreng
Jika kita lihat di Malaysia, ayam goreng banyak dijual dan boleh didapati di mana-mana. Sebagai contoh, Ayam Goreng Uncle Bob. Pernahkah anda menikmati ayam goreng Uncle Bob? Jika anda sudah menikmatinya, pasti anda tahu bagaimana rasanya kan? Betapa enak dan lazatnya ayam goreng Uncle Bob dan lebih enak dimakan ketika masih panas. Terdapat dua jenis variasi ayam goreng Uncle Bob yang dijual iaitu sama ada ayam goreng ‘original’ ataupun ‘spicy’. Harga ayam goreng ini juga tidaklah mahal dan mampu dibeli kerana boleh didapati dengan harga bawah RM10.

Perniagaan Ayam Goreng sebagai Pintu Masuk ke Arah Bidang Keusahawanan
Pada tahun 2014, The Star https://www.thestar.com.my/business/sme/2014/04/05/business-smells-yummy-fried-chicken-as-entry-point-to-entrepreneurship ada menyiarkan berkenaan kejayaan penjualan ayam goreng. Dalam kisah ini, pada awalnya, peniaga tersebut ingin mengumpulkan wang untuk membiayai kos perkahwinannya, jadi timbul idea untuk memulakan perniagaan ayam goreng dengan bermula menjual lima ekor ayam dan semua habis terjual dalam masa satu jam sahaja. Dan pada bulan Ramadhan pula, hasil jualan ayam goreng mencecah RM5,000 sebulan. Jika anda terfikir untuk memulakan perniagaan ayam goreng, boleh melayari pautan ini https://www.shop.usahawan.com/fried-chicken. Juga boleh melihat cara penghasilan menerusi pautan ini https://www.usahawan.com/video/cara-hasilkan-ayam-goreng-singgit.html/