Peniaga Online Juga Perlu Daftar Di Bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? Penting Ke SSM ini?

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

 

 

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini berikutan dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari membuatkan ramai orang terjejas dan mengambil pendekatan untuk menjalankan perniagaan. Ada yang menjalankan perniagaan dengan membuka kedai/tapak premis peniaga dan ada juga yang memulakan perniagaan secara atas talian (online). Persoalannya, adakah peniaga online perlu mendaftar SSM juga?

 

Sebenarnya, peniaga online juga perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdangangan Elektonik) 2012 dan mula dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2013 dan para peniaga mestilah menyediakan informasi yang secukupnya berkenaan dengan perniagaan anda di laman jualan rasmi jualan anda itu. Antara perkara yang perlu anda titikberatkan termasuklah;

 

-Nama perniagaan iaitu nama pemilik, perniagaan atau syarikat tersebut.
-Nombor pendaftaran perniagaan.
-Alamat e-mel, nombor telefon dan juga alamat pembekal perniagaan tersebut.
-Diskripsi atau maklumat berkenaaan dengan produk atau servis.
-Kaedah pembayaran dan banyak lagi.

 

Namun begitu, adakah dengan mendaftar SSM ini mempunyai kelebihannya?

 

1) Menunjukkan bahawa perniagaan tersebut menjadi entiti yang sah

Jika tidak mendaftar pasti siapa sahaja boleh menjalankan perniagaan tetapi perniagaan tersebut tidak sah di sisi undang-undang perniagaan di Malaysia. SSM yang merupakan agensi di bawah KPDNKK adalah dipertanggungjawabkan untuk memberikan kursus serta latihan kepada peniaga agar lebih mudah untuk berdaya saing dan memajukan perniagaan mereka di mana sahaja mereka berada.

 

2) Menambahkan keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan

Apabila peniaga tersebut daftar di bawah SSM, secara tidak langsung pembeli akan lebih percaya kepada peniaga tersebut.

 

3) Memudahkan pengguna untuk membuat verifikasi maklumat dalam perniagaan tersebut.

Secara tidak langsung, perkara ini telah memudahkan pengguna untuk membuat verifikasi tanpa sebarang keraguan lagi.

 

4) Pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan.

Kerajaan boleh memberikan bantuan dengan mudah apabila daftar dengan SSM contohnya bantuan pembiayaan dan sebagainya.