MURUKKU? ‘TWISTED’? MARI KENALI ASAL USUL MURUKKU

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Tahukah anda bahawa Murukku merupakan snek makanan yang berasal dari India? Murukku juga merupakan antara makanan ringan yang cukup terkenal di Malaysia di mana apabila tiba musim perayaan Deepavali, pasti ramai individu yang berbangsa India akan membuat Murukku sebagai salah satu makanan wajib untuk dihidangkan kepada para tetamunya yang hadir ke rumah mereka. Selain daripada itu, kita sedia maklum bahawa indivdu yang berbangsa India banyak menghasilkan dan mengeluarkan produk Murukku untuk menjalankan operasi perniagaannya.

 

ASAL USUL MURUKKU

Untuk pengetahuan kita semua, Murukku adalah sejenis makanan ringan yang berasal dari benua kecil di India dan Murukku ini sangat popular di Sri Lanka yang berada di bahagian Selatan India. Tahukah anda bahawa nama Murukku ini diambil sempena perkataan Tamil iaitu ‘Twisted’ yang merujuk kepada bentuk Murukku tersebut? Di negara India, Murukku amat popular di negeri-negeri seperti Tamil Nadu, Karnataka, Kerala dan Andra Pradash. Selain itu, ia merupakan snek makanan yang turut popular di negara-negara lain termasuklah di Malaysia, Singapura dan Fiji. Sekiranya anda tidak biasa mendengar mengenai negara Fiji, Fiji merupakan negara kepulauan di Melanesia iaitu merupakan sebahagian daripada Oceania di Lautan Pasifik Selatan, jaraknya kira-kira 1,100 batu nautika di Timur Laut New Zealand.

 

BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN MURUKKU

Murukku biasanya diperbuat menggunakan bahan tepung beras dan tepung urad dal sebagai bahan asas dalam masakan ini. Kadang-kadang, ia turut disebut sebagai ‘Chakli’ di Karnataka. Chakli merupakan hidangan yang serupa, kebiasaannya diperbuat daripada bahan tambahan, tepung bengal gram (chickpea). Selain itu, menurut perkongsian daripada seorang individu yang gemar menikmati Murukku, beliau ada menyatakan bahawa terdapat Murukku yang dinamakan sebagai Thengai Paal Murukku yang disediakan dengan menggunakan bahan seperti santan sebagai bahan masakan utama dalam Murukku tersebut. Dalam pada itu, Murukku jenis ini adalah merupakan sejenis makanan tradisional dan lazat yang disediakan di India Selatan. Apa yang membuatkan Thengai Paal Murukku ini menjadi istimewa adalah kerana penggunaan santan yang digunakan ketika menguli doh Murukku yang membuatkannya menjadi Murukku yang lebih berperisa dan sedap. Malahan, Thengai Paal Marukku ini adalah merupakan Murukku yang tersedia dalam versi ringkas dengan menggunakan rempah Babas.

 

Walaupun snek makanan Murukku amat popular dan berasal dari India, ini tidak bermakna bangsa lain tidak boleh menyediakannya dan menghidangkannya untuk santapan. Bangsa lain seperti bangsa Cina, Melayu dan lain-lain turut berpeluang untuk memasak Murukku menggunakan resipi masing-masing dan mengikut kreativiti sendiri. Tahukah anda, Murukku juga boleh dijadikan produk anda untuk berniaga dengan kadar modal yang rendah? Mari ikuti pautan ini untuk maklumat lebih lanjut https://www.usahawan.com/?s=murukku

Not found