Mesin Pemotong Stiker Berpatutan Sillhoutte Cameo 4 Pro

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Mesin ini merupakan mesin terbaru keluaran 2021 yang diperbuat di USA. Cameo 4 PRO ini mempunyai spesifikasi yang serupa dengan mesin cutting stiker mini murah Sillhoutte Cameo 4. Namun begitu, Sillhoutte Cameo 4 PRO merupakan mesin pemotong yang boleh diklaskan sebagai mesin pemotong terbesar jika dibandingkan dengan model mesin yang lain-lain. Dengan saiz mesin ini yang agak besar, maka tidak terkejutlah jika mesin ini mampu memotong bahan seperti vinyl, cardstock, crepe paper, foam, leather, chipboard. Apa yang lebih mengagumkan lagi tentang mesin Sillhoutte Cameo 4 PRO ini adalah mesin ini mampu untuk memotong 3 kali ganda lebih cepat dari mesin cutting yang lain-lain.

Apakah kelengkapan yang terdapat pada mesin Sillhoute Cameo 4 PRO ini?

a.Sillhoutte Cameo 4 PRO
b.Power cable dan USBc.24-inci cutting mat
c.AutoBlade
d.Crosscutter
e.Sillhoutte Studio software (perlu dimuaturun)
f.Beserta 100 design menarik (muaturun)

Bagaimana pula dengan kelebihan mesin cutting Sillhoutte Cameo 4 PRO?

1. Kawasan Cutting Sticker lebih luas

Sillhoutte Cameo 4 PRO yang terbaru ini mempunyai cutting 24-inci (60cm). Ini bermaksud, ukuran ini adalah 2 kali ganda lebih besar berbanding ukuran mesin cutting cameo siri yang terdahulu. Malah, sillhoutte cameo 4 pro juga mempunyai 11 inci lebih besar dari sillhoutte cameo Plus.Bahan seperti polyflex, cardstock dan lain-lain mampu dipotong.

2. Terdapat roll feader dan crosscutter

Roll feader dijual secara asing. Crosscutter digunakan untuk memudahkan pengguna memotong bahan terus dari gulungan dengan menggeserkan dalam satu gerakan sehingga satu potongan lurus yang rata dapat diciptakan terutamanya pada bahagian vinyl yang diggunakan oleh pengguna tersebut.

3. Keistimewaan Cameo 4 Pro

Apa yang membuatkan Sillhoutte Cameo 4 PRO ini lebih istimewa iaitu mesin ini mempunyai “Rotary Blade dan 3mm Kraft Blade yang berfungsi untuk memotong kain, bilah (blade) kraf dan juga bahan tebal yang lain. Dengan cara itu, secara tidak langsung pengguna mesin akan lebih mudah untuk melakukan proses peeling.

4. Dapat memotong muatan sehingga 5kg

Dengan kemampuannya yang berkebolehan untuk memotong sehingga 5kg ini dapat memberikan perubahan besar pada mesin cutting sillhoutte cameo dimana pengguna dapat memotong bahan yang lebih tebal dan lebih padat seperti kulit dan span dengan menggunakan Rotary Blade ini.

5. Mampu menyambung secara ‘bluetooth’

Untuk menggunakan mesin ini, selain dari menyambungkan peranti (laptop, tablet, smartphone) dengan menggunakan USB cable, pengguna juga boleh menggunakan cara ‘wireless connection’ iaitu dengan memasang bluetooth pada peranti dan langsung boleh menggunakan mesin tersebut. Biasanya, bluetooth akan dihidupkan bagi membuat atau mengirim sebarang dokumen mahupun fail andai jarak mesin sillhoutte dengan peranti anda agak jauh.

6. Mempunyai Mode ‘pemotong’

Pop-Out cut mode ini digunakan untuk memotong bahan kertas tertentu. Misalnya, membuat potongan lubang bagi tujuan khusus produk tersebut.

7. Roller yang boleh dialihkan

Roller ini berfungsi untuk memotong kertas yang berukuran A4, letter, 12 inci, 13 inci dan juga 15 inci. Dengan adanya roller ini, roll mampu menahan material pada tempatnya sekaligus dapat menyesuaikan sehingga tidak mudah bergeser.

8. Mempunyai Contour Cut

Apa yang dapat dilakukan dengan adanya contour cut ini apabila melakukan cutting gambar stiker yang sudah dicetakkan terlebih dahulu. Sebelum menggunakan contour cut ini, pengguna perlulah terlebih dahulu memuat turun software tambahan yang dikenali sebagai “Sillhoutte Studio”. Mengapa diperlukan untuk memuat turun software itu terlebih dahulu? Ini kerana untuk membuat pendaftaran yang akan dikesan oleh sensor yang ada pada mesin cutting stiker.

9. Terdapat 2 gerbang mesin

Gerbang 1 bertujuan untuk memotong standard dengan AutoBlade yang disertakan. Manakala, gerbang 2 adalah untuk menyediakan lebih banyak daya untuk digunakan dengan alat-alat yang khusus contohnya seperti Rotary Blade atau Punch Tool.

10. Lengkap dengan Auto Tool Detection

Fungsinya dapat memastikan software Sillhoutte Studio dapat dikesan secara automatik dengan apa jua alat yang digunakan pada mesin Sillhoutte itu.

11. Mempunyai LED Touch Panel

Touch panel yang memiliki sudut pandang yang lebih baik menyerlahkan lagi elegan dan juga eksklusifnya itu. Selain dari itu, touch panel ini juga mempunyai kontras yang lebih tinggi berbanding touchscreen Cameo 3.

12. Memiliki penutup mesin yang boleh ditarik

Menariknya, penutup mesin ini berbeza dengan mesin yang lain kerana dapat ditarik, lebih ringkas, mempunyai risiko yang rendah untuk patah dan lebih mudah untuk membuka atau menutup mesin cutting tersebut.