LASER PRINTER YANG TERDAPAT DI PASARAN | KELEBIHAN LASER PRINTER YANG ANDA PATUT KETAHUI

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pernahkah anda menggunakan Laser Printer sebelum ini untuk mencetak bahan di atas sehelai kertas? Apakah yang dimaksudkan dengan Laser Printer? Untuk pengetahuan anda, Laser printer merupakan sejenis alat pencetak di mana pencetak ini dihubungkan dengan komputer yang akan menghasilkan bahan cetak yang berkualiti tinggi. Bagaimanakah caranya?
Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan laser bagi membentuk corak yang berasaskan titik-titik yang bercas elektrostatik pada drum yang memiliki kadar pencahayaan yang sensitif dan ianya akan menarik toner untuk mencetak bahan dengan kadar yang berkualiti. Apakah itu toner? Toner pula merupakan sejenis serbuk dakwat pencetak yang kering, iaitu ia hadir dalam bentuk pepejal. Kemudian, toner tersebut akan dipindahkan ke atas sehelai kertas dan boleh diperbaiki melalui proses pemanasan.

Kelebihan:
Antara kelebihan yang boleh didapati daripada penggunaan Laser Printer adalah seperti berikut:

a)Kelajuan
Kebiasaannya, mesin pencetak mengambil sedikit masa bagi mencetak bahan-bahan tertentu di atas helaian kertas. Hal ini adalah berdasarkan jenis mesin pencetak atau printer yang digunakan.

Adalah menjadi kelebihan mesin pencetak jenis Laser Printer yang dapat mencetak banyak halaman dalam masa yang sama dengan kadar masa yang singkat.
Jadi, Laser Printer adalah merupakan mesin pencetak yang sesuai digunakan jika anda ingin menjimatkan masa ketika mencetak sesuatu bahan.

b)Kualiti
Selain dari memiliki kadar kelajuan yang tinggi ketika mencetak, penggunaan Laser Printer juga mampu menghasilkan kualiti yang memuaskan.
Ini kerana, Laser Printer menggunakan toner sebagai dakwat untuk menghasilkan cetakan yang berkualiti. Toner adalah berbeza jika nak dibandingkan dengan kartrij dakwat (ink cartridge).
Maka, anda tidak perlu risau jika terdapat kesan kotoran atau noda di bahagian kertas selepas mencetak bahan. Oleh itu, anda boleh menjimatkan masa di sini tanpa melakukan kesilapan ketika proses mencetak.

c)Kebolehpercayaan
Kebanyakan syarikat atau perniagaan, pasti akan menggunakan mesin pencetak (printer) untuk melancarkan aktiviti harian kerja.
Jadi, tempoh penggunaan printer dalam jangka panjang adalah amat penting untuk mengelakkan daripada melakukan kekerapan dalam pertukaran mesin pencetak dari masa ke masa.
Penggunaan Laser Printer juga mampu mencecah sehingga usia 10 tahun.

Untuk mengetahui lebih banyak jenis printer yang lain, anda boleh melayari pautan ini https://www.usahawan.com/?s=printer.