KELEBIHAN MEMBUKA KOPERASI SYARIKAT

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pertubuhan koperasi berupaya menjadi wadah untuk membantu rakyat. Memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti berkumpulan. Anggota yang mengikut serta dalam aktiviti koperasi mampu meningkatkan pendapatan mereka. Sekali gus menjana pendapatan negara. Dan membantu anggota atau ahli dalam sesebuah syarikat. Koperasi ialah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan dan perindustrian. Ditubuhkan oleh Akta Koperasi. Ditadbirkan oleh lembaga pengarah. Semua ahli merupakan pemegang saham koperasi.

 

PENTADBIRAN KOPERASI

Sesebuah koperasi ditadbir oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Yang diperlukan ialah seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari yang akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat berdasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Dari lantikan ini, syarikat diharap tidak mempunyai isu berat sebelah. Supaya tidak terjadi menyelewengkan duit syarikat.

 

PANDUAN MENUBUHKAN KOPERASI

Mana-mana kumpulan yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran koperasi. SKM menyediakan khidmat nasihat untuk permulaan baharu. Tetapi yang menariknya koperasi syarikat mempunyak banyak kelebihan .

 

Apa kelebihannya?

1) Taraf sosial ekonomi menaik
2) Bertindak sebagai pusat pemasaran
3) mewujudkan perpaduan kerjasama
4) Peluang pekerjaan menaik
5) Pekerja boleh lantang bersuara dan memberi pendapat
6) Sumber pembiayaan lebih mudah
7) Mudah mendapat ahli keran penjagaan prinsip ahli terjaga
8) Sokongan daru kerajaan keran motif melibatkan rakyat
9) Mengamalkan konsep kesamaran perhutangan.
10) Ada faedah melalui anggota induk
11) Liabiti terhad
12) Agihan lebihan
13) Cukai yang rendah
14) Hayat perniagaan yang berterusan
15) Khairat kematian

 

Terdapat semangat yang tinggi di kalangan koperasi syarikat. Untuk idea membina ekonomi koperasi yang terdiri daripada rangkaian perniagaan milik bersama yang saling menyokong dengan perkhidmatan, rujukan dan pemasaran bersama. Terdapat potensi besar untuk mewujudkan hubungan simbiosis berdasarkan nilai dan peluang bersama-sama. Di samping itu, banyak pelanggan yang berfikiran progresif akan menyokong perniagaan koperasi syarikat secara khususnya kerana struktur koperasi membantu urusan mereka. Walau bagaimanapun, mesej perniagaan koperasi belum mendapat daya tarikan yang meluas dan banyak pengguna masih belum jelas mengenai apa perniagaan koperasi dan bagaimana mereka beroperasi. Pun begitu,ada juga yang masih tidak berani untuk berurusan kerana serkap jarang sesetengah pihak. Namun, mereka perlu diberi pengetahuan dan perlu mengetahui tentang kelebihan koperasi syarikat. Andainya anda sebagai salah seorang ahli lembaga syarikat. Apa yang menarik kelebihan membuka koperasi syarikat ialah anda boleh menggunakan manfaat koperasi syarikat. Anda boleh merujuk koperasi syarikat. Kelebihan membuka koperasi syarikat ialah;

 

1) Taraf ekonomi menaik

-Koperasi yang berasaskan pertanian dan sebagainya dapat membina gudang atau penyimpanan produk sebelum dipasarkan.
-Koperasi bertindak sebagai pusat pemasaran produk. Mereka yang bersendirian berurus niaga akan lebih untung dan belajar bersaing secara sihat.
– Koperasi berupaya melahirkan usahawan-usahawan berjaya melalui perniagaan -perniagaan kecil.
-Kelebihan membuka koperasi syarikat ialah dapat dilihat dari nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi. Ia mengarah kepada perpaduan serta kerjasama daripada anggota dalam setiap aktiviti koperasi. Seandainya diusahakan dengan baik  oleh semua anggota adalah tidak mustahil untuk mengecap taraf hidup yang lebih sempurna. Ini kerana apabila hasil diperoleh ia akan dikongsi mengijut sumbangan bersama. Setiap anggota atau ahli ada memberikan sumbangan. Jadi itu akan dibahagi semula mengikut kiraan yang bersesuaian.

2) Bertindak sebagai pusat pemasaran

-Koperasi akan beroperasi selagi anggota memberikan komitmen yang sepenuhnya. Pusat pemasaran akan memantau pendapatan yang diberikan.  Malah masyarakat disekeliling juga merasai kenikmatan hasil. Ini berbeza sekali dengan yang pemegang saham praktikkan. Keuntungan atau kelebihan membuka koperasi syarikat yang ada untuk pekerja atau ahli.

3) Mewujudkan perpaduan kerjasama
-apabila koperasi syarikat ditubuhkan,kerjasama dari anggota amat diperlukan. Dari semua segi aspek. Belanjawan, pengurusan masa, jadual kerja dan lain-lain. Jadi inilah kelebihan membuka koperasi syarikat.

4) Peluang pekerjaan menaik
– Dengan penubuhan koperasi syarikat, peluang pekerjaan akan bertambah. Ini kerana pihak koperasi akan mencari pakar-pakar serta buruh untuk menjalankan tugas mereka. Jadi pekerjaan untuk warga penganggur akan bertambah. Dan kemudian peluang pekerjaan juga bertambah. Peluang pekerjaan ini selalunya akan mengetengahkan penduduk tempatan. Harapnya begitulah. Kerana sistem koperasi syarikat adalah diperlukan maklumat yang menepati syarat.

5) Pekerja boleh lantang bersuara dan memberi pendapat
-Bukan ingin membangkitkan isu bergaduh atau ketidakpuasan hati. Tetapi dari segi aspek yang berkaitan. Tidak semua luahan pekerja didengari ketua. Di dalam koperasi, Ketua boleh mendengar pendapat dan hujah daripada pekerja dan anggota.

6) Sumber pembiayaan lebih mudah
-segelintir koperasi meletakkan syarat yang tinggi untuk pembiayaan. Tetapi kelebihan koperasi syarikat tidak ada penetapan tetapi keuntungan untuk ahli. Pihak lembaga pengarah atau pihak syarikat meletakkan syarat mampu milik dan peninjauan dari semua ahli dilakukan.

7)mudah mendapat ahli keran penjagaan prinsip ahli terjaga
-Ahli atau anggota yang sendiri datang. Tidak perlu risau dan fikirkan soal ini.  Anda perlu mengetahui kebaikan atau kelebihan berbanding keburukkan sesuatu tempat.

8) Sokongan dari kerajaan kerana motif melibatkan rakyat
Apa yang paling penting ialah sokongan dari kerajaan. Ini yang paling penting dalam perniagaan kita. Sokongan dari kerjaan kerana motif koperasi syarikat dibuka adalah untuk membantu rakyat

9)Mengamalkan konsep bayaran bulan-bulan
Bagi membantu ahli untuk memulakan apa jua yang ingin diceburi, pihak koperasi memberi bantuan bayar secara sikit-sikit. Jadi, ini dapat membantu ahli dalam kewangan. Tidak membebankan ahli.

10) Ada faedah melalui anggota induk
Faedah untuk anggota induk atau ketua ahli. Faedah dikira gaji akan tetapi dari sumber  simpanan koperasi. Bijak menguruskan, induk koperasi pasti boleh menyelesaian semua masalah.

11)Liabiti terhad
Apakah itu Perkongsian Liabiliti Terhad?Pada tahun 2012, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mewujudkan satu entiti perniagaan yang baru iaitu Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Masih ada yang keliru tentang entiti perniagaan baru ini dari segi perbezaan dengan entiti perniagaan yang lain. Malah ada yang tertanya tentang kelebihan atau kelemahan memilih entiti perniagaan ini. Koperasi syarikat menghadkan liabiliti supaya semua mampu bayaran balik. Dan tidak ada keluhan dikemudian hari. Semua anggota koperasi menanggung liabiliti yang terhad ini bermakna jika koperasi gagal, anggotanya hanya menanggung kerugian setakat modal syer yang dilaburkan. Harta peribadinya tidak boleh dituntut oleh pemiutang. Ini kelebihan membuka koperasi syarikat . Itupun jika ia liabiliti terhad. Jika sebaliknya, kerugian menanti.

12) Agihan lebihan
– Keuntungan yang diperoleh koperasi dikenali sebagai lebihan. Dividen tunai ialah dividen yang akan dibayar pada satu kadar yang telah ditetapkan. Jumlah yang berasaskan modal syer akan dilaburkan. Untuk menggalakkan anggota membeli lebih, rebat dikenakan. Rebat pula dibayar berasaskan jumlah belian yang dibuat oleh anggota atau ahli.

13)Cukai yang rendah
-Kita tidak boleh sentiasa mengharapkan bantuan dan ihsan. Sampai bila?Kita sebenarnya boleh bangkit sendiri. Mampu berjalan sendiri. Jadi, koperasi lah jawapannya. Itulah bantuan dalam pinjaman yang mudah untuk usahawan berjaya. Rakyat boleh menyertai koperasi yang sedia ada di komuniti atau membangunkan sendiri koperasi yang boleh memberi manfaat bersama. Koperasi syarikat juga boleh dibina dengan usaha sendiri.

14) Hayat perniagaan yang berterusan
-Syarikat dan ahli adalah persaingan yang berasingan. Jadi, pengasingan yang baik ini boleh meneruskan perniagaan tanpa risiko. Walaupun syarikat jatuh tetapi daya perniagaan persendirian berterusan.

15) Khairat kematian
Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti- aktiviti kemasyarakatan.

 

Ada banyak kelebihan membuka koperasi syarikat. Walaupun kita hanya ahli yang kecil,tapi ada faedahnya.
Akhir sekali anda boleh semak kelayakan dan cara untuk menyertai menjadi ahli koperasi dan lain-lain.

 

Kriteria Permohonan Yang Diterima

1) pinjaman kurang dari RM30 ribu dan membayar bulanan minimun RM300 keatas.
2)pinjaman untuk perniagaan yang telah lama dijalankan tetapi tidak pernah berkembang.
3) Tempoh masa kurang dari 10 tahun boleh diambil kira.
Kriteria Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
1)Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang dilaksanakan oleh anak syarikat koperasi, atau pihak lain.
2) Permohonan pembiayaan untuk tujuan pelaburan dalam saham.
3) Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang bertentangan dengan Hukum Syariah.

 

 

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada pejabat SKM Wilayah yang menyelia koperasi yang ingin dimohon. Dokumen dan maklumat penting sila sediakan dan kepilkan.

Not found