JENIS BANTUAN PERNIAGAAN TAHUN 2022 YANG USAHAWAN BOLEH DAPATKAN

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pelbagai jenis bantuan perniagaan pada tahun 2022 yang usahawan boleh dapatkan. Ia lebih kepada pinjaman yang memudahkan para usahawan di luar sana. Anda boleh menyemak jika anda berkelayakan. Lebih RM40 bilion pakej pembiayaan dan peruntukan untuk pinjaman usahawan disediakan.

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) akan menyalurkan peruntukan berbilion ringgit untuk manfaat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara dalam Bajet 2022. Sebanyak RM1.8 bilion peruntukan untuk pembiayaan skim kredit mikro disediakan.

 

Lebih RM14.2 bilion untuk usahawan kecil.

Pinjaman mudah kira-kira RM14.2 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana turut dibabitkan dan diberikan bantuan PKS dan meningkatkan jaminan pembiayaan perniagaan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP). Sehingga RM10 bilion sebagai tambahan kepada RM20 bilion yang baru sahaja telah diumumkan di bawah pakej PEMULIH. Kepada peminjam Bumiputera, RM2 bilion daripadanya di utamakan. MOF yang menyediakan keseluruh peruntukan untuk mengembalikan keupayaan perniagaan pengusaha golongan PMKS selepas berdepan situasi sukar akibat impak penularan Covid-19 dua tahun lalu. Ia menjadikan suntikan yang berterusan buat MOF kepada pengusaha PMKS. Ini kerana sebelum ini pelbagai bantuan diberikan untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan perniagaan. Menerusi 8 pakej rangsangan ekonomi yang memanfaatkan lebih 20 juta rakyat. Dan juga 2.4 juta premis dan entiti perniagaan.

 

GKP(GERAN KHAS PRIHATIN)

Semua pengusaha PMKS mengakui bantuan yang diberikan kerajaan cukup membantu dan memberikan kebaikan. Terutama sekali pemberian ‘one-off’ Geran Khas Prihatin (GKP). Dapat juga membantu mengelakkan mereka daripada gulung tikar. Ia memberikan kesan mendalam buat usahawan-usahawan.

 

Antara jenis bantuan perniagaan tahun 2022 yang usahawan boleh dapatkan ialah yang seterusnya PSNKM. Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia.

 

PSNKM ini skim pembiayaan yang merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk membantu setiap golongan usahawan. Tidak kiralah perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

 

APA ITU PROGRAM SEMARAK NIAGA?

Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (atau Semarak Niaga) merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.

 

JUMLAH PERUNTUKAN

RM40 bilion ialah jumlah keseluruhan nilai bantuan.

 

TUJUAN PROGRAM SEMARAK NIAGA

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bertujuan  membantu setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam. Semua boleh memohon jika berkelayakan.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • syarikat mahu memulihkan perniagaan dengan lebih keupayaan.
  • syarikat yang berdaya maju dan boleh dimajukan
  • mempunyai masalah kewangan dan terjejas  dari situasi semasa ke semasa.
  • termasuk golongan usahawan perusahaan mikro
  • termasuk golongan usahawan syarikat tersenarai awam

Jika anda tersenarai dalam syarat-syarat berikut, anda boleh memohon.

 

SENARAI BANTUAN / PEMBIAYAAN SKIM SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA

Kemudahan Peralihan Kepada Rendah Karbon. Dana pembiayaan padanan matching fund bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) meningkatkan amalan lestari dan rendah karbon. Kadar pinjaman untuk setahun ialah sehingga 5% . Amaun yang diberikan sehingga RM5 juta. Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun. Lama bukan. Boleh lah memohon.

 

Mikrokredit TEKUN

Tidak semua tahu tentang TEKUN. Tetapi,rata-rata di Malaysia semua sudah tahu. Usahawan yang bermula kecil-kecilan semua pernah mengambil bantuan secara pinjaman dan bantuan dari Tekun Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan bantuan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan. Kadar pinjaman untuk itu 0%. Kemudahan moratorium menjaminkan sehingga 6 bulan. Amaun pinjaman sehingga RM10,000. Tempoh pinjaman pula sehingga 5 tahun.

Bantuan pinjaman seterusnya pula ialah;

 

Mikrokredit BSN

Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan.Kadar pinjaman ialah 0% bagi 6 bulan pertama, 4% selanjutnya. Jadi ia hanya 4% untuk tempoh seterusnya. Kemudahan moratorium sehingga 6 bulan. Amaun yang diberikan sehingga RM75,000. Tempoh masa pinjaman sehingga 5 tahun.

 

Seterusnya ialah Mikrokredit AgroBank.

Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan. Kadar pinjaman ialah 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya. Keistimewaan bank ialah 6 bulan pertama 0%. Kemudahan moratorium sehingga 6 bulan. Amaun yang boleh diberi sehingga RM75,000. Tempohnya sehingga 5 tahun.

Pembiayaan Alternatif

Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing, secara geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

 

Skim Geran Pendigitalan PKS

Jumlah dana bagi Skim Geran Pendigitalan PKS telah dinaikkan sebanyak RM200 juta. Jadi anda boleh memohon dan jangan ketinggalan.

 

Geran Padanan Automasi Pintar

Geran untuk syarikat pembuatan dan perkhidmatan mengautomasikan proses perniagaan mereka.

 

Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF)

BNM mewujudkan kemudahan bantuan pembiayaan untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada peniaga / PKS yang terjejas .Kadar pinjamannya  sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan). Kemudahan moratoriumnya sekurang-kurangnya 6 bulan. Amaun diberikan sehingga RM500,000. Tempoh diberikan sehingga 7 tahun (termasuk tempoh moratorium)

 

Program Pembiayaan Skim Semarak Niaga – AgroFood Facility

Program pembiayaan yang disediakan oleh BNM bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan dieksport dengan terma pembiayaan. Kadar pinjaman: Sehingga 3.75% setahun (termasuk fi jaminan). Amaun bantuan sehingga RM5 juta. Tempoh sehingga 8 tahun.

 

Dana Pembiayaan Agro makanan

Agrobank menyediakan program pembiayaan untuk perusahaan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan terma pembiayaan. Kadar pinjaman 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya. Kemudahan moratorium sehingga 6 bulan. Amaun bantuan sehingga RM500,000. Tempoh sehingga 8 tahun masanya.

 

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)

Menawarkan bantuan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan. Kadar pinjaman 0%. Kemudahan moratorium sehingga 12 bulan.Amaun sehingga RM10,000. Tempoh sehingga 5 tahun (termasuk moratorium). Banyak juga jenis bantuan perniagaan pada tahun 2022 yang boleh usahawan dapatkan. Seperti;

1)Permohonan i-Tekad

2)Program i-SPUMI Tekun

3)Program bantuan kewangan sosial yang menawarkan modal permulaan. Kredit mikro dan latihan kemahiran kepada usahawan mikro dan peniaga juga disediakan.

 

Permohonan i-Tekad

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk memperkasa sosioekonomi komuniti India.

 

Permohonan SPUMI Tekun

Penambahbaikan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan

Untuk membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar diperolehi. Peningkatan had jaminan pembiayaan perniagaan sehinga RM10 bilion sebagai tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan di bawah pakej PEMULIH. Menjamin kemudahan pembiayaan yang dijadual dan distruktur semula sehingga 80% untuk tempoh 36 bulan. Sehingga maksimum RM20 juta termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik. Ia menjamin kemudahan pembiayaan baharu sehingga 80%. Termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik.

 

Permohonan SJPP

Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

 

Permohonan TemanNita

Dananita

Dana pembiayaan melalui MARA untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19. Dikhususkan kepada wanita sahaja. Jom usahawan wanita memohon semua bantuan yang disediakan. Jika rezeki,pasti ada.

Pembiayaan Perniagaan Melalui Pelaburan Ekuiti dan quasi-equity.

SME memperkenalkan kaedah pendanaan melalui ekuiti pelaburan. Bantuan dari  Ek Bank dengan kerjasama TERAJU dan BSN

 

Skim RESET (Rehabilitation and Support Through Equity)

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menyediakan pjnjaman dan bantuan dibawah Bank Pembangunan bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau kaedah pendanaan.

 

Business Recapitalisation Fund

BNM membantu dan bersedia menyediakan peruntukan bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing dengan terma pembiayaan. Kadar pinjaman: sehingga 3.5% setahun (bagi pembiayaan kredit) + dividen (ditentukan oleh pembiaya ekuiti). Amaun sehingga RM5 juta. Tempoh sehingga 10 tahun (Butiran akan dimuktamadkan kemudian). Ia tidak akan lari dari terma dan syarat.

 

Program Latihan dan Bimbingan Perniagaan dan Skim Pembiayaan Mudah Francais

PERNAS nama tidak asing bagi usahawan yang berjaya. Menyediakan program latihan, bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah 0% selama 6 bulan pertama beserta moratorium kepada yang berminat menjadi usahawan francais. Jadi, pilihan di tangan sendiri. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.