Barang Runcit Kat Rumah Dah Habis? Alah, Pesan Barangan Runcit Dengan Aplikasi Grab-Mart Je!

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Sekarang ni kan, semua orang takut untuk keluar rumah kalau takde urusan yang penting untuk buat melainkan beli barangan runcit dan sebagainya disebabkan penularan wabak coronavirus yang semakin menjadi-jadi ni. Tapi, orang kata zaman teknologi canggih ni buat apa kita nak susahkan diri, keluar rumah untuk beli barang keperluan sedangkan korang hanya boleh membuat pesanan secara atas talian sahaja (online). Semua kat hujung jari je! Senang kan? Tak perlu beratur dan banyak masa korang dah jimat untuk buat pembelian atas talian ni lagi-lagi barang runcit. Mungkin ada sesetengah orang kurang gemar beli atas talian tapi percayalah, sekali korang dah try beli online, mesti dah sangkut dan nak beli online je lepas ni. Tapi, mesti ada yang tertanya-tanya kan,kenapa Grab-Mart ya? Aplikasi online lain kan banyak macam Shopee, Lazada semua tu..? Kenapa mesti beli barang runcit di aplikasi Grab-Mart ni? Apa yang special sangat ni?

1. Menyenaraikan senarai kedai runcit di sekitar anda

Ya, memang betul ada banyak je aplikasi online yang korang pon boleh beli barang runcit seperti Tesco online shopping, Giant online shopping dan lain-lain. Tapi, yang membezakan Grab-mart ni dengan Tesco online mahupun Giant online adalah Tesco online hanya menyenaraikan lokasi tesco sahaja. Maksudnya, pilihan yang korang ada hanyalah Tesco. Sama juga macam Giant. Ini memang sesuai untuk pembeli yang regular customer di Pasaraya besar macam ni dan sebenarnya ada pros dan cons dia juga. Contoh, andai kata Tesco berdekatan korang ditutup atas sebab tertentu dan korang hanya ada pilihan untuk beli di Tesco cawangan lain, yang jauh dengan kawasan perumahan korang. Kat situ sahaja sudah tentunya akan dikenakan kos penghantaran barang dan belum tambah lagi dengan kos barangan runcit yang dibeli tu, banyak kos dihabiskan di situ sebab tiada pilihan lain. Berbeza dengan Grab-Mart, lebih 10 senarai kedai runcit yang berhampiran dengan kawasan perumahan korang akan disenaraikan dan korang ada banyak pilihan untuk beli barang runcit dan kos penghantaran serendah RM4-RM15 (bergantung kepada lokasi kedai tersebut). Korang pon boleh beli barang dari kedai yang berbeza. Senang je kan?

2. Servis penghantaran tip-top

Korang tak perlu risau kalau tengah masak kat dapur tiba-tiba baru sedar garam dah habis, jangan panik! Order je garam tu dalam Grab-mart ni. Tak perlu susah-susah keluar pergi kedai, kalau orang ramai kat kedai, korang kena beratur lagi. Kan dah makan masa tu. Cik suami balik kerja mesti lapar, nak makan tapi makanan tak siap masak lagi sebab garam dah habis. Jangan lengahkan masa lagi, buka smartphone korang tu dan order terus barang yang dah habis tu. Dalam 10-25 minit sampailah
barang yang dipesan tu. Memang tip-top lah servis penghantaran dia. Tak percaya? Cuba dulu baru korang tahu la.

3. Kaedah pembayaran secara atas talian

Kaedah ni aplikasi Grab-Mart ni sangat mudah. Sebenarnya, korang ada dua pilihan sama ada nak buat bayaran secara kad kredit/debit/online ataupun Cash on Delivery (COD)- pembayaran secara tunai. Tapi, lebih senang kalau korang bayar secara online je, terus tolak duit dari akaun simpanan korang tu. Kalau korang bayar secara tunai, akan berlaku kejadian di mana rider (penghantar pesanan) tak sediakan wang secukupnya untuk baki, pernah terjadi dan solusinya perlu dibayar secara online
juga kepada si penghantar, kan dah lagi melambatkan proses tu. Jadi, nak selamat dan cepat guna je kad kredit korang tu. Tak perlu nak pening-pening pasal baki tak cukup atau sebagainya.

4. Perincian berkenaan rider dipaparkan

Perincian rider itu bukanlah bermaksud segala data peribadi si penghantar pesanan itu dipaparkan. Tapi details umum seperti nama penghantar, jenis kenderaan yang dibawa, nombor pendaftaran kenderaan penghantar dan juga nombor telefon rider untuk dihubungi. Shopping barang runcit kat Grab-mart ni, korang tak perlu risau pasal scam sebab semua rider yang dapat pesanan dari aplikasi ni adalah rider yang telahpun berdaftar di bawah agensi Grab ni. Walaubagaimanapun, tetap perlu berwaspada dan semak dahulu details mereka sebelum menerima pesanan tu.

5. Dapat reward lumayan

Siapa je yang tak suka dapat reward kan? Dapat benda best-best pulak tu? Apa je reward Grab-mart boleh bagi? Korang tahu tak, semua pembelian korang tu boleh dapat potongan harga kalau guna promo code. Tapi promo code ni bukan semua orang boleh dapat, hanya pembeli yang dah dapat ‘gold’ kat akaun Grab dorang sahaja boleh guna. Untuk tebus promo code ni pun ada tempoh dia. Pastikan korang tak terlepas dengan tarikh istimewa dan nikmati potongan harga yang lumayan tu!