Awas! Ini ciri-ciri scammer

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

1. Hari ini deposit, esok dapat untung

Apabila anda lihat sahaja ayat seperti ini, jangan dilayan malahan terus diblok dan buat aduan. Kenapa? Sebab di dunia ini tiada yang semudah itu. Masyarakat hari ini kalau boleh nak duit cepat, mungkin ada masalah kewangan seperti bayar bil hospital, yuran pengajian anak dan sebagainya. Namun, percayalah, tiada yang semudah itu di dunia ini. Janji para scammer ni memang boleh cecah ke langit, sebab mereka ingin menipu mangsa-mangsa mereka. Kalau anda rasa was-was , sila percayakan perasaan anda dan jangan sesekali berfikir tuhan nak bagi rezeki. Kalau tuhan nak bagi rezeki, tidak datang sebegitu, mesti di dahulukan dengan usaha kita serta doa yang bersungguh-sungguh.

 

2.  Pelaburan patuh syariah dan sebagainya

Yang ini masih ramai lagi yang terkena. Untuk mereka yang di luar sana, scammer boleh menggunakan pelbagai cara untuk menipu mangsanya. Contohnya, mereka menambah anda di dalam kumpulan telegram atau wasap contohnya, mereka ada beribu suscriber yang menggunakan perkhidmatan pelaburan mereka dan menghantar gambar keuntungan dan sebagainya. Jangan pernah percaya, malahan anda perlu report and leave group tersebut agar tidak dibawa nafsu untuk memberikan duit anda.

 

3.  Senarai harga atau pakej pelaburan

Deposit RM 1000 dapat RM 4000. TAK LOGIK sama sekali untung sehari beribu-ribu. Tapi, untuk yang memerlukan duit akan berasa logik. Mana mungkin ada orang sanggup beri duit yang banyak kepada kita semudah itu, melainkan kita jual barang kemas kita atau jumpa muntah ikan paus ataupun dapat jumpa penawar Covid-19. Jikalau anda lihat sahaja ada pakej pelaburan, konfem ia adalah scam. Seperti yang saya katakan, untuk orang yang memerlukan duit, mereka akan rasa ia logik, jadi sila kongsikan maklumat ini kepada keluarga, jiran dan komuniti di tempat anda.

 

4.  Pemindahan wang ke atas akaun nama individu

Apabila anda lihat mereka memberikan maklumat akaun bank yang perlu dipindahkan wang, mereka akan berikan akaun bank individu dan bukannya syarikat yang berdaftar. Anda sepatutnya lebih cakna soal ini kerana urusan duit yang bernilai seribu lebih sepatutnya tidak dipindahkan ke atas nombor akaun individu. Namun, jangan tertipu kalaupun mereka mempunyai nama syarikat, anda perlu cek dahulu sama ada ia nya betul-betul wujud atau pun taktik para scammer.

 

  1.   Setelah wang dipindahkan, ada masalah dan perlu tambah wang

Jika anda sudah terkena pada jerat yang pertama, jangan terkena pada jerat kedua pula. Biasanya taktik mereka adalah kenakan habis-habisan terhadap mangsa mereka. Anda perlu redha dan buat aduan kepada balai polis dan berikan sebanyak mana maklumat yang telah anda perolehi sepanjang berurusan dengan scammer tersebut.

 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya harap artikel ini dapat membantu lebih ramai orang di luar sana untuk lebih cakna dan bijak apabila menghadapi situasi ini. Pesanan saya, walaupun scammer tersebut menggunakan perkataan seperti, perkhidmatan ditutup bagi laluan solat zuhur, dan perkataan agama lain, jangan anda percaya kerana mereka ini adalah salah satu contoh penunggang agama yang sebenar. Jom sama-sama jadikan Malaysia bebas scammer menjelang 2025 dengan membanyakkan membaca dan kongsi ilmu sebegini di internet. Sebelum itu saya kongsikan link dari PDRM untuk anda cek nombor telefon scammer dan acc bank scammer: https://semakmule.rmp.gov.my