5 SIFAT USAHAWAN BERJAYA

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Seorang usahawan yang telah meraih kejayaan dalam perniagaannya pasti memiliki sifat tertentu yang boleh menjadi dorongan untuk berjaya. Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, jadi anda perlu menyemak adakah anda memiliki sifat-sifat ini? Jom kita semak!

1.Minat dan Usaha
Untuk melakukan sesuatu perkara, asas penting untuk berjaya adalah dengan mempunyai minat. Sebagai contoh, jika anda minat dalam bidang muzik dan nyanyian, sudah tentu anda akan memainkan alat muzik dan sentiasa menyanyiuntuk mengasah bakat anda kan? Begitu juga dalam bidang keusahawanan, minat yang mendalam dalam melakukan perniagaan atau berbisnes menjadi satu elemen asas untuk melonjakkan diri menjadi seorang usahawan yang berjaya. Perlu diketahui bahawa hanya dengan memiliki minat sahaja tidak cukup. Jadi, untuk itu seorang usahawan akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut dengan menggunakan formula asas Minat + Usaha = Usahawan Berjaya.

2.Kreatif dan Inovasi
Seorang usahawan memiliki sifat kreatif dan melakukan inovasi dalam produk perniagaannya. Sifat kreatif di sini membawa maksud, seorang usahawan akan memikirkan jalan keluar dan jalan terbaik untuk memastikan produknya mendapat tempat di pasaran. Usahawan akan cenderung menghasilkan keunikan produk tersendiri. Contoh yang dapat kita lihat daripada produk usahawan adalah seperti chocojar. Anda pasti melihat terdapat banyak jenis chocojar yang dijual pada hari ini. Akan tetapi, apa yang membezakannya produk ini adalah dari segi keunikannya yang tersendiri.

3.Optimism
Seorang usahawan akan sentiasa optimis dalam kehidupan sehariannya. Ini bermakna usahawan akan sentiasa mengekalkan dirinya dalam keadaan positif dan tidak mudah mengalah dalam melakukan sesuatu. Sebagai contoh, tidak berputus asa jika produk yang dihasilkan mendapat ‘review’ yang negatif. Sebaliknya, usahawan akan sentiasa melangkah ke hadapan dengan melakukan penambahbaikan dari segi kualiti produk.

4.Pembuat keputusan
Usahawan merupakan individu yang membuat keputusan terpenting dalam perniagaannya setelah mengambil kira aspek-aspek penting. Ini kerana, segala keputusan yang dibuat akan memberi kesan sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Jadi, usahawan akan bertindak membuat keputusan terbaik setelah melakukan analisa yang terperinci.

5.Motivasi
Usahawan yang berjaya akan sentiasa ada sifat motivasi dalam diri. Untuk itu, seorang usahawan akan sentiasa memikirkan apa yang membuatkan dirinya sentiasa terdorong dan termotivasi. Sebagai contoh, memiliki matlamat yang jelas berkenaan mengapa ingin mencapai jualan sebanyak RM10,000 pada bulan ini contohnya. Jadi dengan itu, perlu tingkatkan usaha bagi mencapai sasaran jualan tersebut.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi sifat-sifat dan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang usahawan. Pendek kata, untuk menjadi seorang usahawan, kita perlu memupuk sifat-sifat positif dalam diri untuk mencapai kejayaan dalam mengusahakan sesebuah perniagaan.