3 MANFAAT CHIA SEED UNTUK KESIHATAN

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Apakah itu Chia Seed?

Pernahkah anda mendengar Chia Seed (Biji Chia)? Apakah maksud Chia Seed ini? Untuk pengetahuan kita semua, Chia Seed merupakan biji ‘Salvia hispanica’, berasal daripada Mexico Tengah dan Mexico Selatan. Selain itu, Chia Seed ini selamat untuk dimakan, ianya berbentuk bujur dan mempunyai warna kelabu beserta terdapat bintik hitam dan putih serta memiliki diameter sekitar 2 milimiter (mm). Chia Seed juga menghasilkan tekstur gel khas di mana bijinya bersifat hidrofolik yang mampu menyerap cecair ketika direndam. Dalam hal ini, bijinya mampu menyerap sehingga berkadar 12 kali berat badannya yang akan mengembangkan lapisan mukilaginous. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa Chia Seed adalah tidak sama dengan biji selasih. Ini kerana, terdapat segelintir masyarakat hampir keliru antara Chia Seed dan biji selasih dan menganggap kedua-duanya adalah daripada jenis biji yang sama.

 

3 Manfaat Chia Seed untuk Kesihatan

 

1. Menurunkan berat badan

Menurut kajian, terdapat ramai pakar kesihatan mempercayai bahawa Chia Seed mampu membantu menurunkan berat badan seseorang. Beberapa kajian yang telah dijalankan telah menguji ‘soluble fiber glucomannan’ yang menunjukkan hasil bahawa Chia Seed menjadi penyebab kepada penurunan berat badan. Selain itu, Chia Seed juga mampu memberikan rasa kenyang kepada sesiapa yang menikmatinya. Ini kerana, jumlah protein yang terdapat dalam Chia Seed dapat membantu mengurangkan selera makan seseorang dan juga serat yang larut akan menyerap sejumlah besar air dan akan mengembang di perut yang seterusnya akan meningkatkan rasa kenyang dan mampu melambatkan proses penyerapan makanan.Terdapat juga kajian yang telah mendapati Chia Seed ini tidak memberi kesan dan tidak membantu dalam proses menurunkan berat badan. Perlu diingatkan bahawa diet dalam pengambilan makanan tidak bergantung hanya kepada pengambilan satu makanan sahaja seperti Chia Seed, ia juga bergantung kepada amalan gaya hidup sihat yang lain seperti tidur dan bersenam.

 

2. Memiliki kadar antioksidan yang tinggi

Kadar antioksidan yang tinggi yang terdapat dalam Chia Seed mampu melindungi lemak sensitif pada biji agar tidak tengik. Perlu diketahui bahawa antioksidan mampu melawan penghasilan radikal bebas di mana radikal bebas ini akan merosakkan sel molekul dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit seperti kanser. Selain itu, ahli saintis juga mempercayai bahawa mendapatkan antioksidan dari makanan akan memberi kesan positif kepada kesihatan manusia.

 

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, Chia Seed mampu mengurangkan tekanan darah seseorang yang mempunyai tekanan darah yang tinggi iaitu merupakan antara faktor utama dalam menyumbang kepada penyakit jantung. Terdapat kemungkinan Chia Seed bermanfaat untuk kesihatan jantung tetapi perlu juga disertai dengan gaya hidup dan diet makanan yang sihat.

 

Pendek kata, terdapat banyak lagi manfaat yang boleh didapati daripada pengambilan Chia Seed ini. Akan tetapi, perlu dinasihatkan bahawa pengambilan makanan yang sihat perlu dikombinasikan dengan amalan gaya hidup yang sihat. Maka, baru seimbang! Semoga bermanfaat.