Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Tujuan:

Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan

 

Syarat-syarat Asas

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  5. Mempunyai premis perniagaan
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  9. Perniagaan patuh Syariah
  10. Bebas dari senarai hitam MARA
  11. Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  12. Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

Skop Pembiayaan:

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis Perniagaan

 

Had Pembiayaan:

Milikan Tunggal / Perkongsian :

RM250,000.00

Syarikat Sdn. Bhd :

RM500,000.00

 

Tempih Pembiayaan: 1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

Jaminan atau Cagaran:

  • Jaminan
    Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.

Atau

  • Cagaran
    Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.

Atau

  • Gabungan kedua-duanya sekali

Atau

  •  Simpanan Tetap
    Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus  Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Kadar Keuntungan: 4%

 

Sekiranya anda berminat bolehlah ke LINK yang disediakan: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx

Sumber: https://www.mara.gov.my/

(Update: 28/9/2021)

Berita Berkaitan

Not found