Program N-GENE: NEW GEN ENTREPRENEURS ONLINE BOOTCAMP Anjuran MEDAC

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Atas sambutan hangat dan menggalakkan MEDAC menerusi Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs – PROTÉGÉ telah melanjutkan pendaftaran Program N-GENE sehingga 15 Oktober 2021!
Jangan lepaskan peluang ini!

 

N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah. Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais. Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.

YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan program ini sebagai salah satu inisiatif PEMERKASA untuk menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan. Selain itu, program ini turut disenaraikan sebagai program di bawah kerjasama MEDAC-KPT-KBS dan juga Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC Pasca COVID-19.

Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.

 

MANFAAT PROGRAM

Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA;
Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000; dan
Dipadankan dengan perniagaan francais / pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan

KRITERIA PESERTA
Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun;
Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini;
Kriteria tambahan:

Baru memulakan perniagaan; atau
Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan

DAFTAR SEKARANG di pautan berikut: http://protege.gov.my/www/index.php?id=9&page_id=82

#usahawandotcom
Update: 6/10/2021