Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) : Permohonan, Semakan & Bayaran

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Desember 2022 (Sesi Pagi).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?

BTR 2023 adalah bantuan tunai yang diberikan setiap tahun seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khusus untuk rakyat. Nama bantuan kemungkinan belum dimuktamadkan dan ianya dikemaskini berdasarkan ucapan Perdana Menteri pada Sidang Dewan Rakyat 20 Disember 2022. Antara bantuan seperti ini bagi tahun sebelumnya termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.

Bayaran Fasa 1 
Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:

Fasa 1 : Diawalkan kepada Januari 2023 (berbanding Mac seperti dimaklumkan sebelum ini) Jumlah Bayaran Fasa 1 : Isi rumah : RM 300 Bujang : RM 100 Maklumat terperinci mengenai bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja telah diumumkan oleh kerajaan.

Bila Tarikh Bayaran BTR ?

Bayaran bagi Fasa 1 akan dibuat pada Januari 2023

 

Maklumat Lanjut

Untuk perincian lanjut mengenai Bantuan BTR 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sama ada daripada Kementerian Kewangan (MOF) ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat berikut.

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Hotline BKK MoF : 03-8882 4565 / 03-882 4566

 

 

Berita Berkaitan

Not found